6.8.09

KITA PASTI MENANG


Alangkah indahnya
Bahasa arab yang dijadikan rebutan
Kerana ianya bahasa Al-Quran
Betapa kuingin mahir dan mampu
Berbahasa arab dengan berkesan
Kerana kuyakin masa hadapan
Sejarah kan berulang
2/3 dunia bahkan keseluruhan
Kan menjadi milik Islam
Kita pasti menang!

Tiada yang mustahil
Kereta diganti kuda dan unta
Senjata diganti anak-anak panah
Kapal belayar diganti manusia berenang
Dan tiada yang mustahil
Bahan mentah kekeringan akibat kerakusan manusia
Tiada petrol tiada gas
Dan kita kembali dagang
Sebagaimana dagangnya Islam di zaman awal
Kerana itu Nabi saw berwasiat
Ajarkan anak–anakmu memanah, berenang dan berkuda.

Adakah kau lupa?
Kita pernah menguasai dunia
Kita pernah dijadikan bahan rujukan
Punya baitul hikmah terbesar
Imam As-Syafie, Ibnu Sina
Menghafal al-Quran seawal usia
Abu Bakar dan Umar
Juga bisa menghafal al-Quran
Walaupun lewat senja
Dan aku, dia dan kita
Tidak mustahil
Memartabatkan bahasa syurga ini.

Dan aku
Tidak mungkin membiarkan mujahid-mujahidku
Ketempangan arah dalam meraih syurga hakiki
Disogokkan dengan kejayaan dunia sementara
Kerana mereka berhak mendapatkan
Tarbiyyah hebat zaman awal Islam.

Mujahid-mujahid ini
Yang akan mewarisi tokoh-tokoh hebat
Pemikir ulung Islam
Penghafal al-Quran
Penghafal hadis
Mendalami dan beramal
Dengan seyakin yakin ijtihad
Di atas manhaj al-Islam yang mantap
Seraya zaman awal kanak-kanaknya
Yang bakal a’lim al-Quran dan hadis
Seawal usia remajanya
Penyambung usaha para ulama
Pembawa obor jihad
Pewaris risalah Rasulullah saw
Allahuakbar!

Dan kita
Perlu punya i’tikad yang sama
Membentuk generasi berkualiti
Menguasai bahasa arab
Celik al-Quran
Celik hadis
Untuk mengembalikan kegemilangan Islam
Yang jauh tersasar
Dari manhajnya yang sebenar.

Dan dia sentiasa berkata
Semoga Allah memilih kita
Melahirkan tokoh-tokoh hebat
Memartabatkan Deen
Mengembalikan kegemilangan Islam
InsyaAllah.


No comments: