20.10.11

MENANG BOLA!

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Alhamdulillah pagi tadi dalam jam 4:30 pagi ibu sudah bangun dalam misi memeriahkan stok susu Muhammad yang dalam kategori ke arah kritikal sambil menjenguk 'rumah' kedua kita dan ibu dikejutkan dengan rezeki yang insyaAllah untuk Muhammad. ;)


Sesungguhnya Allah Maha Tahu. ;) Muhammad kini memang sedang aktif menendang bukan sahaja bola malah apa sahaja yang menarik di kaki Muhammad untuk ditendang. Alhamdulillah, Allah kurniakan 'bola menyanyi' buat Muhammad melalui tangan Obiya, puteri pihak penganjur pertandingan my.little.secret GA. Pengumuman pemenang boleh lihat disini.

Alhamdulillah bola ini harganya RM99.90. Alhamdulillah insyaAllah rezeki Muhammad kerana ibu tidak mungkin membeli bola semahal ini walau hanya dalam mimpi ;D.

Alhamdulillah kita menang tempat ketiga segmen kedua melalui surat ibu untuk Muhammad di entry ini. Terima kasih atas ucapan tahniah daripada rakan-rakan blogger yang disayangi fillah yang melocengkan Bayt Al-Iman pagi-pagi lagi. Juga kepada pihak penganjur, penaja dan juri. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dalam keberkatan dan redho Allah insyaAllah!

9 comments:

~MAWAR~ said...

tahniah ummu muhammad dan muhammad!! hehe suka bila tgk shbt2 juga turut gembira..insyaallah rezeki muhammad hebat yg diredhoi allah..=)

@LeenShamsh said...

alhamdulillah..brand mahal..sukelah ibu muhammad..pasal memang cuci mate je tgk mainan die..hehe

Cik Sue said...

Assalam Ummu dan Muhammad..
Tahniah untuk Ummu dan Muhammad, harap beso nanti Muhammad jadi pemain bole terhandal...hehehehe

@LeenShamsh said...

alahai CS pemain bola...insyaAllah pemian bola yg beriman dan bertaqwa..bermain bola hanya sebagai alat nak menarik dan mengajak seberapa ramai manusia untuk lebih menngenali Allah..hny dan kerane Allah..kalau bukan kerana Allah, ibu tak bagilah muhammad jd pemain bola..haiyakk!

IntaNBerliaN said...

tahniah ummu muhammad.. bestlah muhammad menendang lps ni.. hihii

tu la kan.. brand mahal... kalau saya pun xbeli la.. byk lg duit tu blh guna.. tp dah kita menang.. alhamdulillah.. rezeki anak kita kan..

Kita ni sebagai org tengah utk DIA salurkan rezeki utk anak ;-)

mummyrinazone beauty said...

tahniah pada ummu n muhammad..mmg rezeki=)cumillah bola tuh=)blehlah muhammad cergaskan lagi badan.

@LeenShamsh said...

intan: alhamdulillah...memang tak belilah samapi beratus..bola muhammad yg merah tupun rm2.90 heheh..tibe2 dpt yg 99.90..wahhhh ;D

nurul: hehe jgnlah bole tuh bising sgt..pening ayah muhammad nanti..kang ade bola yg sampai rumah nenek muhammad..heheh

Ibu Yusuf Maryam said...

Tahniah Muhammad.. lepasni makin kuatlah kaki dia ye.. main bola elok2 tau.. :D

@LeenShamsh said...

insyaAllah ibu zefa sayang! ;)