5.3.12

MASIH BUDAK-BUDAK

Muhammad hebat yang diredhoi Allah dan Rasul ;)
Alhamdulillah Allah masih meminjamkan ayah yang kita kasihi untuk mengumpul bekalan berganda di sini menuju kampung hakiki. Sebaik tamat sesi cuti berganti untuk negeri-negeri yang terlibat sabtu lepas, ayah terus menuju ke tanah tumpahnya untuk mengambil tokwan. Nenek pula ke rumah nenek ibu untuk mengambilnya datang ke sini juga. Jadi, insyaAllah kita menerima 2 tetamu semalam. Cuma nenek ibu yang lebih kurang sebaya dengan tokwan Muhammad belum dipertemukan lagi. InsyaAllah hari ini kita akan berkumpul bersama dan hari-hari untuk kursus bersama sehingga sampai masanya. Ibu sudah tidak tahan menanggung kerinduan yang teramat sangat!

Kematangan Lelaki
Seharian ayah meninggalkan kita, bagai bertahun lamanya ditinggalkan. Benarlah kata pepatah, bila berjauhan rindu itu mula bertandang ;). Sebaik dapat melihat ayah semalam, hati ibu berdetik syukur kerana masih dikurniakan ayah untuk terus memimpin dan menunjuk arah buat ibu. Kematangan seorang lelaki bernama suami dalam memimpin isterinya yang lebih lemah fizikal apatah lagi emosi. Perempuan ini sifatnya 'bodoh' dan wanita memerlukan lelaki dalam membijakkan arah pemikiran ke arah positif. Ibu pernah terbaca di satu tulisan berkenaan wanita ini lemah akalnya ketika kedatangan bulan dan ketika mereka hamil. Di sinilah perlunya rasional seorang lelaki dalam mengawal isterinya. Namun, andai lelaki juga emosional sama seperti isterinya? Pada ibu, lelaki tersebut memang nampak sangat tidak bijak.

Peranan Suami
Pernah suatu pagi selepas subuh ibu menerima mesej daripada ayah. Bila rasa nak buat maksiat, jangan buat, bila dah buat, bersedihlah kerana kamu musuh Allah..Segera taubat dan bila dah taubat, bergembiralah kerana kamu kekasih Allah. Kelakar pun ada. Ini ayat ustaz UAI ;). Sebaik ibu menghabiskan ayat terakhir mesej tersebut, ayah menguak pintu pulang dari solat subuh berjemaah. Ibu bertanya kepada ayah tujuan SMS ayah, ayah kata tiada apa-apa sambil senyum-senyum kambing. Ayah Muhammad yang sememangnya faham gelodak perasaan isterinya. Ibu Muhammad yang sedang bersabar :). Suatu malam semasa dalam perjalanan pulang ke BAi, ayah mahu hantar ibu duduk seorang diri di sebuah pulau. Kata ayah, ibu belajar tinggi-tinggi sampai dapat degree, namun masih budak-budak. Perkara yang sepatutnya ibu tidak fikir dan layan ibu layan dan fikirkan untuk serabut kepala sahaja. Benar. Lebih baik memikirkan kematian dari melayan perasaan yang berlebihan. Contohnya Syed Qutb yang menggunakan kebijaksanaannya dengan ilham Allah untuk menghasilkan tafsir zilal bukannya meratap perasaan yang bukan ditujukan kepada Allah. Allah! Banyak sungguh perasaan yang pelbagai ibu habiskan yang langung tidak mendatangkan iman T_T. Kata ayah, ibu pun sama macam budak-budak sebab melayan perasaan juga sambil tersenyum. Kadang-kadang ayah kata ibu bukan sekadar budak-budak malah sama seperti kanak-kanak. Kematangan ayah banyak mempengaruhi segala keputusan ibu. Jadi, tindak tanduk ibu banyak dikawal dek pemikiran orang dewasa. Andai ayah juga sama bodoh seperti ibu, entah apa mahu jadi. Pasangan budak-budak sungguh! Banyak bercakap sungguh menyerlahkan lagi kebodohon diri sendiri.

Moga Allah pelihara ayah bagi membentuk ibu menjadi manusia yang lebih dewasa cara pemikirannya dengan izin Allah. Ayah sememangnya kurniaan buat kita. Banyak sungguh ayah memudahkan dan bertolak ansur dengan ibu sehari-hari ;). InsyaAllah hari ini kita akan mengambil nenek ibu untuk menemani tokwan yang keseorangan di BAi. Aduhai Muhammad tinggal beberapa hari sahaja, namun semakin dekat semakin rasa kurangnya persediaan ibu T_T. Mohon dipermudahkan Allah dalam setiap urusan kita dan semoga Allah menerimanya sebagai ibadah kita semua sebagai bekalan disana insyaAllah!

Ambil semua kebaikkan yang ada pada ayah dan bentuk diri Muhammad untuk jauh lebih baik dari ayah apatah lagi ibu wahai Muhammad ;).

1 comment:

IntaNBerliaN said...

a'aa betoi tu.. lelaki lbh matangkan... macam sy sendiri, kdg2 xpnh terpikir pun apa yg hubby yg pikir.. bila hubby cakap barulah saya terfikir... hihii