10.12.12

SIRI (2) TIADA JIHAD DI PALESTIN?

Sambungan isu 'Tidak ada jihad di Palestin'

Setelah kita melihat kedudukan Baitul Maqdis dan Bilad-us-Syams dari perspektif Al-Quran mari kita lihat pula kedudukan jihad di bumi baroqah itu dari sumber-sumber hadis Nabi SAW.

Beberapa hadis bolih dikemukakan untuk menunjukkan bahawa Baitul Maqdis dan kawasan sekitar nya adalah bumi ribat (bumi berkubu dalam peperangan). Nabi SAW dengan jelas menggambarkan kedudukan muslim yang berada pada pos masing-masing di Baitul Maqdis. Mereka berada di dalam ribat. makna hadis lebih kurang membawa maksud "Mereka, isteri mereka, anak mereka dan pembantu mereka tetap berada di dalam ribat (kubu) sehinggalah mereka di menangkan oleh Allah SWT.

Ada beberapa hadis yang berkaitan jihad di Syams dan sekitarannya . "Akan adaipertahanl di kalangan umat ku mereka yang berjihad di Baitul Maqdis dan akan ada di kalangan umat ku mereka yang berjihad di Damsyik dan mereka tidak dapat dilemahkan oleh pengkhianatan golongan yang berkhianat". Sebuah hadis yang mashut jelas menunjukkan bahawa kemanangan adalah memihak kepada muslimin yang berjuang di Baitul maqdis "Akan ada umat ku yang berjuang melawan musuh-musuh mereka. Musuh mereka tidak bolih memudaratkan mereka sehingga Allah memberi kemenangan kepada mereka. Ditanya oleh sahabat, "Di mana mereka itu ya Rasulullah SAW.? Dijawab Nabi ' "Mereka itu berada di Baitul Maqdis dan disekitarnya".

Hadis-hadis ini dengan jelas menunjukkan bahawa jihad adalah ciri al-Quds. Jihad adalah nadi yang akan terus berdenyut sejak zaman-zaman sehingga Allah SWT memberi kemenangan kepada muslimin. Bahkan melalui jihadlah Allah memenangkan kaum muslimin di Baitul Maqdis sepanjang sejarah. Melalui jihad di medan-medan Mu'tah, Yarmouk dan Ajnadain akhirnya Baitul Maqdis di buka oleh Umar al-Khattab pada tahun 637 M. Melalui jihad qital jugalah Baitul Madis di pertahan, di ambil semula dan dipertahan lagi dari asakan tentera salib dari tahun 1087 - 1190. Melalui jihad jugalah tentera Monggol dikalahkan di Ain Jalut dalam siri-siri pertempuran yang sengit pada tahun 1258. Dengan jihad juga armada Fransisca De Almeida dan Afonso D Albuqueque dikalahkan di Jedah lalu mematahkan hasrat kuasa imperialis Portugis untuk menuju Baitul Maqdis dari laluan Mekah dan madinah. Dengan jihad juga Bumi Palestin di pertahankan dalam siri menang-kalah yang silih berganti pada kurun ke 20 ini sejak dari tahun 1922 hingga 1935, 1948, 1956, 1967, 1973, 1987 (intifadah) dan dari tahun 2000 hingga 2012 (yang diterajui oleh HAMAS).

Apakah kita hendak menafikan bahawa bumi Palestin dipertahan dan dibela dengan jihad selama ini. Bahkan jihad pada fasa terkini jelas menunjukkan umat menunju kemenangan. Seolah-olah segala cerita duka yang bermula sejak tahun 1914 kini berputar balik 180 darjah apabila berlaku siri-siri kebangkitan umat pada tahun 2011 - 2012. Perubahan ini tidak berlaku sekelip mata. Ia adalah kemenangan yang dibina dari asas kekuatan jihad oleh watak-watak seperti Izuddin al-Qassam, Al-Haj Amin Husaini, As-Syahid Hassan al-Banna, as-Syahid Syeikh Ahmad Yaasin, As-Syahid Dr Abd Aziz Rantisi, as-Syahid Yahya Ayyash, dan terkini as-Syahid Ahmad Ja'bari. Di kalangan mereka yang masih teguh berjihad dan sedang menunggu giliran mereka spt Ismail Haniyeh, Syeikh Abdul aziz Duweik, Khaled Mish'al, Mahmud Zahar, dll.

Mereka adalah saksi kepada hadis-hadis Nabi tentang jihad di bumi Al-Quds. Siapakah yang lebih benar dalam persaksian terhadap hadis-hadis ini selain daripada yang menghayati hadis tersebut lalu membuktikan akan kebenarannya samada dengan syahid atau menang!

Bersambung InsyaAllah

Dr Hafidzi Mohd Noor.
Pengerusi
Aqsa Syarif.

No comments: