28.2.13

KEMENANGAN BESAR SIRI (2)

Apabila bertemu dengan 'makcik-makcik' yang berpangkat adik, mereka akan menunjukkan reaksi terkejut dengan 'makcik kakak' yang mereka lihat dahulu dengan hari ini. Sama ada makcik-makcik yang datang menziarahi Abdullah tempoh hari atau makcik-makcik yang Allah pertemukan kami semalam. Haha! Makcik kakak yang sedang melalui fasa mak-mak. Alignment banyak yang telah berlari-lari anak wahai adik-adikku sayang ;D.

Bebalik kepada entry sebelum ini, kenapa Syria begitu lambat untuk merdeka? Menurut seorang adik, input yang diterima daripada pengisian 'pakcik', ianya kerana Allah menjanjikan KEMENANGAN BESAR kerana semakin panjang masa, semakin kuat rakyat bermunajat, semakin bersatulah ummat untuk membebaskan tanah tumpah darah mereka daripada pemimpin yang zalim. Jadi, bilakah masanya? Pasti masanya adalah yang terbaik disisi Allah.

Begitu juga dengan pasangan suami isteri yang Allah belum tunaikan permintaan zuriat buat mereka. Cuba kaitkan KEMENANGAN BESAR ini dengan kes pasangan yang masih menanti dengan sabar, doa yang tinggi melangit, usaha dan ikhtiar yang tidak pernah jemu, untuk mendapatkan zuriat. Pastinya ada KEMENANGAN BESAR yang Allah sembunyikan. Bilakah masanya? Pastinya masa yang paling kita bersedia disisi Allah ;).

In shaa Allah asbab kesabaran dan keberantungan yang bukan sedikit pasangan itu tadi, Allah kurniakan anak-anak sebagai pemimpin bagi orang-orang bertaqwa di pengakhirannya. Siapa tahu rezeki mereka? Jika tiada juga zuriat di dunia, ianya adalah takdir Allah. Banyak lagi saham jariah berpanjangan yang boleh kita buat contohnya infaq yang mana pahalanya mengalir sehingga kita meninggalkan dunia dan orang yang menggunakan masih terus menggunakan ke jalan Allah ;).

Saya memang berhajat mengaitkan entry semalam, kemenangan besar di Syria dengan memujuk pasangan yang sekian lama menanti kehadiran legasi keturunan. Allah kirimkan ayat ini ketika tadabbur Al-Quran dalam menanti subuh awal pagi tadi. Sweetnya Allah ;). Antara koleksi doa yang saya amal semenjak sebelum kahwin. Amalkanlah! Mudah-mudahan ayat ini menjadi asbab segala penantian selama ini berakhir dengan kurniaan 'imam bagi orang-orang bertaqwa'! Amin ya Rabb!

Usah merunsingkan jiwa. Harta, anak-anak itu adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan kelak. Kita juga hanya berada di dunia sementara yang mana suatu masa, bumi dan segala isinya akan binasa tanpa meninggalkan apa-apa. Jadi, apa yang mahu dikejarkan selain bersusah payah membina saham akhirat berpanjangan. Maka, TERSENYUMLAH! ;)

2 comments:

IntaNBerliaN said...

bagus entry nih!! ia sangat bermotivasi utk pasangan2 yg sedang berusaha daptkan anak...

saa mcm adik saya... dah 7 thn kawen.. tap tu la, rezeki ank xda lg

ain said...

Terima kasih k.lin. ain