2.6.13

TELEFON PINTAR (3) AKHIR!

Ketika ini telefon pintar kami suami isteri telah dikawal ketat penggunannya oleh anakanda soleh Muhammad yang boleh dikategorikan sebagai generasi-G, generasi-gajet. Benarlah semakin canggih, semakin besar juga mudaratnya. Pemerhatian kami sebulan dua kepada Muhammad, ianya perlu dikawal penggunaannya supaya ianya tidak menjadi 'ketagihan'. Bayangkanlah si adik di taman taqwa menonton VCD al-Quran manakala si abang di bilik ibu ayah 'explore' si telefon yang sedang dicas semula. Apalagi ayahanda mereka, terus pangkah awal-awal dek kerana pemandangan yang tidak lagi indah ;P.

Saya tertarik untuk selitkan tulisan Thoriq Ahmad tentang perkaitan sains dan teknologi, adakah ianya membawa muslimin ke hadapan? Jawapannya TIDAK! Menurutnya, persoalan ini adalah persoalan berat yang perlu diambil serius kerana kepimpinan tamadun barat telah merubah keyakinan ramai daripada kita terhadap program tarbiyyah Al-Quran yang merupakan syarat utama kepada kelahiran semula kepimpinan umat Islam.

Jurang kemajuan ciptaan sains dan teknologi yang dipelopori barat yang sangat jauh mendahului kita (umat Islam) menyebabkan ada yang berputus harap dengan program Al-Quran lalu mengambil jalan mudah untuk tunduk kepada kehebatan mereka atau tertipu untuk bertanding dengan mereka melalui ciptaan benda atas nama revolusi.

Perkiraan hebatnya mereka kerana teknologi adalah salah kerana sejarah telah membuktikan bahawa Islam berjaya memimpin dunia tanpa sebarang sains dan teknologi. Semenjak zaman Rasulullah SAW, tidak pernah ada sahabat yang ditaja ke Rom dan Parsi untuk belajar hal-hal ketemadunan kerana Ar-Rasul mengetahui apa yang mereka miliki hanyalah peradaban yang bersifat material tanpa ruh.

Pembangunan yang mereka miliki hanyalah bersifat KOSONG  yang mana diisi oleh jiwa-jiwa manusia yang kosong dan akhirnya musnah dengan tangan mereka sendiri. Saya juga berkeyakinan, kenapa Allah masih tangguhkan lagi kemenangan kita dalam PRU13 juga atas dasar KOSONG. Kemenangan dengan jiwa-jiwa yang kosong hanya sebuah mimpi indah yang sementara. Allah masih inginkan semuanya bertungkus-lumus melakukan amar makruf nahi mungkar sehingga setiap individu yang bergelar muslim itu tahu tujuan kehidupan mereka hari ini dan kerja dakwah adalah kerja semua daripada kita.

Kenapa saya katakan kosong? Kemenangan akan hadir apabila saf-saf setiap waktu solat akan penuh malah melimpah sebagaimana semangatnya kita menghadiri himpunan demi himpunan. Apabila saf solat berjemaah malah melimpah lebih-lebih lagi waktu subuh, maka, nantikan kemenangan besar kita ketika itu ;). Jadi, setiap individu muslim perlukan jihad islahkan (pembaikan) diri untuk membentuk sebuah negara Islam yang dipenuhi RUH yang penuh dan bukannya KOSONG dengan hanya sekadar bangunan pencakar langit, alatan yang canggih ataupun harta yang banyak.

Saya pernah terbaca yang mana tentera zionis pernah ditanya kerana seringkali meninjau kawasan masjid di Palestin pada waku solat subuh. Menurutnya, si laknatullah ingin memastikan jumlah yang hadir solat subuh berjemaah kerana apabila solat subuh berjemaah di masjid telah ramai, makanya kemenangan KITA semakin hampir. Dan apabila melihatkan bilangannya biasa, tentera tersebut beredar lega. Di sini, kita menghampiri kemenangan andai kita telah sama-sama berjihad melawan keenakkan selimut iaitu melawan keinginan diri sendiri dahulu terutama lelaki yang sangat-sangat dituntut berjemaah di masjid atau surau.

Manhaj Al-Quran mengajar Rasulullah SAW untuk mendidik, mentarbiyyah, mengasuh dan membersihkan jiwa manusia terlebih dahulu sebelum meluaskan wilayah dan membina bangunan. Inilah sains dan teknologi Al-Quran yang akhirnya menewaskan kemajuan kebendaan Rom dan Parsi dan sunnatullah yang perlu kita fahami. Saya pernah tuliskan berkaitan ROM dan PARSI di entry berikut:


"Ini tidaklah bererti bahawa kita mesti melupakan dan mestu memandang enteng soal 'penghasilan benda' dan 'rekaan sains', kerana ianya menjadi kewajipan kita juga untuk berusaha mendapatkannya tetapi bukanlah menganggap bahawa ianya merupakan 'syarat kelayakan' yang mesti kita gunakan di dalam memegang pimpinan umat manusia dalam tempoh sekarang ini.Cuma ia diperlukan sekadar untuk menjaga hidup kita dari ancaman dan penindasan dan juga kerana konsep Islam sendiri yang mengajarkan bahawa ciptaan sains adalah mustahak sebagai syarat menjadi khalifah di muka bumi Allah". [Sayyib Qutb, Petunjuk Sepanjang Jalan]

Sekian sahaja telefon pintar siri 3 yang sebenarnya telah lama saya taip tetapi takdirnya baru hari ini semangat untuk melihat blog hadir :P. Kesimpulannya, kita memerlukan teknologi sebagai alat untuk mengelak penindasan dan tidak tertinggal ke belakang tetapi ianya bukanlah syarat wajib untuk hidup. Syarat kelayakan yang paling mustahak adalah AQIDAH dalam memelihara manusia memelihara dan mengawal hasil ciptaan sains untuk memenuhi hajat fitrah setelah yang diperolehi oleh kemajuan sains itu serta supaya aqidah wujud dalam sebuah perkumpulan manusia iaitu sebuah masyarakat Islam.  Allhu'alam.

 
Walau bagaimanapun, teringin satu seperti di atas :P. [sumber]

2 comments:

NoEn said...

wah wireless...suka2..

budak2 cepat je kan diorg explore tepon canggih ni w/pun kita tak ajar...huhu

@LeenShamsh said...

puan noen mahal sangat hokeyh!

suke dgn aplikasi education tapi tak suke tgk bile tak bagi, anak tak trime. die nk jugak..jadi sekarang kami tk bagi..tunggu sket faham mak pak ckp baru boleh slow2 disiplinkan