9.7.13

RAH (3) l KOS PEMASANGAN PINTU & HIASAN

Shaikh Muhammad & Shaikh Abdullah yang diredhoi Allah & Ar-Rasul ;)
Bertemu lagi edisi ketiga dalam segmen 'taman kasih sayang' kita atau nama manjanya dikenali sebagai Raudhah Al-Hannah (RAH). Kali ini kita congak pemasangan pintu kabinet dapur pulak. Asbab nama pun dapur bajet ciput, makanya kosnya selagi boleh dikurangkan, maka, perlu dikurangkan :D.

Untuk dapur kering, ibu ambil kayu yang paling murah sehingga ibu pun tidak tahu apakah jenis namanya haha! Sekaki RM50 untuk serbuk papan dengan mengambil kira, kita tidak membuat kerja-kerja mencuci dengan kerap disini. Sekadar basuh tangan, cuci botol susu dan cuci yang ringkas-ringkas. Lagi utama, ianya lebih selesa buat tetamu untuk cuci tangan di sana.

Kerja pemasangan pintu kabinet. Lihatlah jenis serbuk kayu yang diplaster. Kabinet bajet ciput ;P.

Dapur basah kita pilih pintu aluminium kerana kerja-kerja mencuci dan kekerapan bersama air disamping masak. Jadi, aluminum tidak kembang seperti kayu/papan. Pintu jenis aluminium dikira RM60 sekaki. Tema taman kasih sayang ialah putih hitam kehidupan haha! Konon-konon berangan English style ;P.

Ringkasan untuk modal dapur bajet ciput kasih sayang kita lebih kurang begini:
1. Pintu serbuk papan dapur kabinet dapur kering = 9 kaki persegi x RM 50 = RM 450
2. Pintu aluminium dapur basah = 9 kaki persegi x RM60 = RM 540
3. Kabinet atas serbuk papan di dapur kering = 5 kaki persegi x RM 122 = RM 610
4. Meja bar tinggi = RM 300
5. Para comel = 3 x RM 50 = RM 150
JUMLAH = RM 2050

Alhamdulillah dan hasilnya adalah seperti berikut:

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Tarahhh!!!

Alhamdulillah! Hasil di dapur kering.

Meja tinggi itu memang sangat tinggi. Mulanya ibu ayah bercadang menjadikan tempat kita makan. Ibu ayah sampai setelah selesai si tukang memasang meja. Memang sekiranya diletakkan Muhammad di atas bangku tinggi, ianya terlalu tinggi. Tidak sesuai untuk menjadi meja makan kita. Jadi, tidak mahu banyak cerita, kami redha sahajalah. Allah mahu meja makan lama kita terus berkhidmat ;). Penghabisannya, meja ini menjadi tempat ibu berkarya dengan laptop. Tinggi dari Muhammad dan adik ;).

Jadi, mari kita kira kos semula. Kos yang hanya untuk bajet dapur berkabinet sahaja. Maknanya tanpa eksesori mencantikkan dapur seperti langsir, kerusi-kerusi, besi penyangkut dan sebagainya. Kira-kira di bawah adalah berkaitan kos upah + bahan mentah + pintu kabinet sahaja. Memang untuk pengiraan dapur kabinet bajet ;D.

Kabinet bawah sahaja
Kos keseluruhan upah + Bahan mentah (simen, mozek + dapur, singki)
= RM 1610 + RM 806 + RM 1120
= RM 3536 - ( RM 275 untuk dapur yang terlebih satu)
= RM 3261 + kos pemasangan pintu kabinet tanpa (meja tinggi + para + kabinet atas)
= RM 3261 + RM 990
= RM 4251

Kabinet bawah + Kabinet atas
= RM 4251 + RM 610
= RM 4861

Jadi, untuk kabinet sahaja dengan sinki dan dapur gas, kurang dari 5K untuk pintu kabinet paling murah yang sangat biasa seperti dapur kita ;P. Serbuk papan dan aluminium. Dapur basah pulak ibu tiada bajet untuk kabinet dan corong atas disamping ianya memang kurang sesuai pada padangan mata ibu setelah membuat bacaan dan lihat reka bentuk dapur yang ringkas. 

Gantung-gantung! Mudah kering dan kemas.

Comelkan? Tiada kabinet. Semuanye tempat terbuka berpara.

Cantiknya! Pejam mata sambil kira duit dalam poket :D.

Rasanya semuanya rekaan dari ikea. Mahu ke ikea dari tempat kita, semestinya sekali lipat kos beli dan kos perjalanan. Takdirnya, ibu boleh membeli-belah online bersama makngah melalui Whatsup. Makngah pergi bercuti ke sana dan singgah ke ikea. Apalagi, ibu dan makngah berwhatsup. Makngah jadi jurujual melalui telefon! Terima kasih makngah!

Ini yang sempat makngah belikan ibu.

Ibu suka barang ikea kerana harganya memang jauh lebih murah dari kedai biasa. Sudahlah murah, cantik dan comel pula bergantung-gantung di dapur. Jadi, masuk dapur pun saujana mata memandang. Makanya, akan lahirlah kasih sayang dari jiwang yang tenang. RUH kasih sayang mengalir dalam makanan-makanan yang kita semua makan inshaAllah :P.

Inilah rupa dapur basah yang baru bersama 'rail'. Juga, para bertingkat bertujuan untuk meletakkan barangan rempah bawang, pengisar dan semuanya yang diperlukan semasa memasak.

Ini dia tayangan kuali yang 'putih melepak' semuanya tanda ibu dan ayah memang masak setiap saat dan ketika haha! Jimat tanpa kabinet atas dan corong asap. 

Asbab dinding memang siap bermozek semasa beli, jadi, selepas masak, lapkan sahaja percikan semasa memasak dengan tuala, span sahaja. Jimat :D. Banyak daripada periuk yang tergantung adalah kurniaan hadiah walimah ibu ayah dahulu. Kuali pula ialah kuali pusaka. Itu yang 'putih melepak' lagi berkilat :P. Para 3 tingkat tempat meletak garam, gula, pengisar tidak begitu kuat kerana sudah tergelincir dari landasannya. Walau bagaimanapun menurut ayah, ianya masih kukuh. Cuma, salahnya warna putih. Tidak mengapa, putih itu suci. Perlu rajin membersih mengemas.

Untuk bahagian pintu terbuka di dapur basah, memang ibu tiada bajet untuk itu. Ianya memerlukan modal untuk tutup menggunakan sliding. Jadi, biarkanlah tirai lama yang usang itu dahulu untuk terus berkhidmat. Ada masa, ibu rajin, inshaAllah boleh ibu jahit sendiri langsir bentuk tirai. Jimat lagi!

Kurang kemas kerana ibu tidak berapa pandai menghias ;P. Bangku ikea untuk Muhammad panjat dan cuci tangan sebelum makan. Sejak ada bangku ini, memang kerja Muhammad 'cuci' pinggan. Jadi, perlu sedia rotan berdekatan!

Bangku tersebut juga berguna untuk ibu panjat dan letakkan barang dalam kabinet bahagian atas.  Cumanya, warna coklat itu sudah berubah menjadi kehitaman. Warna lain tiada semasa makngah ke ikea. Alhamdulillah ibu dan ayah jenis guna barang semahu-mahunya. Lihat sahaja unta-unta kita. Cedera itu biasa. Apa yang nama rezeki ialah apa yang kita makan, gunakan. Jadi, jangan sayang. Gunakanlah sehabis baik! Begitu juga barangan rumah seperti di dapur. Guna sahajalah semuanya. Rosak nanti cari lagi ;D. Susun kemas dan teratur itu terpenting. Ianya melapangkan jiwa dan rasa mahu memasak setiap hari kecuali melihatkan pinggan beratur panjang. Lemah semangat mak kejap.

InshaAllah ada masa ibu kongsikan juga air tangan yang beraneka rasa apabila sampai di tekak. Bayangkanlah si tukang masak is amatur bukan profesional ya  anak-anak :D. Ayah selalu pesan, masak niatkan masakan kita itu dapat menyihatkan badan untuk iman yang lebih mantap dan terhindar dari penyakit. Sayang sungguh dengan kumpulan Whatsup prochoice vax yang disertai oleh ibu-ibu yang sangat menitik beratkan dan mengambil kaedah mencegah dengan 'menjaga perut'. InshaAllah ada masa, ibu selit-selitkan juga untuk kita amalkan bersama inshaAllah.

Mengambil semangat mereka, ibu harap, Allah kurniakan semangat yang luar biasa untuk ibu memasak sepenuhnya untuk Ramadhan ini demi menghindari makanan luar yang pastinya ada MSG yang boleh mengganggu sistem tubuh kita seperti puan OSEM katakan tadi ;). Akhir kata, dengan izin Allah, tidak lama lagi Abdullah bakal jejak setahun dan abang Muhammad 3 tahun. InshaAllah ibu ayah mahu meraikan Muhammad dan Abdullah. Buat makcik-makcik sedia tarikh-tarikh penting Ramdhan di BAi ;). Moga Allah mudahkan ;). Sayang panglima-panglima Ramadhan kerana Allah! ;)

6 comments:

NoEn said...

wah....suka tgk dapur u...hmmm bulan puasa ni kalau memasak memang sangat2 jimat(duit poket xterusik pun)...hari tu dh practice...masak sekali untuk berbuka dan sahur..masa sahur hanya panaskan...

tips untuk cepat, bawang/cili kering prepare awal2 untuk seminggu..simpan dlm bekas kedap udara dlm peti ais..barang basah spt ikan/ayam yg difrozen bawa turun letak kat tempat chiller sebelum pergi kerja...balik kerja boleh terus masak dengan bantuan si tuan puteri :P

rinkume_zi said...

Seronoknya tengok dapur awak. Ringkas jer. ;-)

@LeenShamsh said...

noen: setuju dgn mung! mak dah ambek bawang2an hari tu tolong blendkan siap2..die kate masak senang je nanti campak..ohh my mak! sampai beranak due yg name mak tu tetap nk tolon anak die kan ;)

sejak kawen n zaman belaja mmg tak makan nasi sahur. sahur kurume, susu kambin n kopi saje..pagi tuan suamiku kate takyah kelam kabut..jadi masak buke satu lauk dgn nasi saje..hehe seringkas yg mungkin!

ceywie: ohh cewyiwku tu baru dapo..nanti tgk ruang tamuku lagi sadis..temanya ala2 jepun..senang nak cuci rumah dan panglima2 tukan suke nah berperang..mak tak larat ade perabut,,kang tersadunglah, terhantuklah..jadi melimitkan perabot hehe!

Rozie said...

alhamdulillah cantik...

Fizah said...

hoyehh..cantik daporrr!

@LeenShamsh said...

sayangku zie: alhamdulillah ni buat dapo ukur poketku.. ;)

fizah: yeaahhhh!!! dapo ni taklah berape idaman heheh tapi da cukup alhamdulillah seronok sgt nk ke dapur! sekarang dah ade terapi baru..terapi dapo! ;D