17.8.14

PENCEMARAN HATI

Semasa saya mula berkhidmat di tempat baharu dan Allah kurniakan ujian yang ketika itu saya rasakan seperti berjalan menggunakan muka, awal-awal saya katakan, tolong jangan masukkan saya dalam mana-mana kumpulan Whatsup yang tidak formal yang mereka ada.

Minta tolong sangat.

Bukan itu sahaja, kumpulan formal yang melibatkan bos-bos pun, saya sudah left 2 kali dan baru-baru ini saya dimasukkan semula setelah keadaan redha tanpa persetujuan saya terlebih dahulu atas alasan lebih mudah untuk agihan tugas. Sebenarnya saya tunggu masa juga mahu left kumpulan formal yang ada apabila medan Whatsup tersebut seperti menjadi medan luahan ketidak puasan hati.

Disebabkan saya tidak terlibat dengan kumpulan yang tidak formal lainnya, saya juga jadi tertanya-tanya, apakah sebab beberapa luahan masalah dalam kumpulan formal. Hati kita dicemari dengan prasangka. Sedikit sebanyak mengganggu emosi untuk mengetahui keadaan sebenar.

Kawan-kawan saya yang mempunyai kumpulan tidak formal, ada yang mahu menunjukkan perbualan mereka tetapi saya tolak dengan baik dan yang baiknya sahabat saya yang seorang lagi, dia sendiri tidak mahu menunjukkan perbualan mereka. Saya sebolehnya tidak mahu tahu sisi yang lainnya rakan-rakan sejawat saya. Cukup saya mengenali mereka yang baik-baik sahaja.

Soal hati itu adalah soal yang cukup susah untuk dijaga. Sentiasa terdetik. Kadang riyak, takabbur. Tarik, menarik dan tertarik. Tidak pelik seorang alim berkata, selepas 20 tahun menjaga hati, hanya selepas itu hati yang menjaganya. Itu orang yang dekat dengan Allah. Untuk yang biasa-biasa seperti adanya saya? Allahu!

Manfaat dan mudarat. [sumber]

Kini, saya faham kenapa zauji memilih untuk tidak install semua jenis aplikasi sosial. Peratusan untuk bergosip atau bahasa tepatnya adalah mengumput memang terlalu tinggi. Ianya seakan program membina karangan. Seorang mencetuskan satu ayat sebagai pendahuluan karangan. Kemudian, ditambah orang kedua, ketiga dan seterusnya sehinggakan jalan cerita kelihatan menarik dan hidup.

Dosa berangkai. Pembaca senyap juga tidak terkecuali terlibat dengan sebaran aib yang belum tentu betul atau salah. Beratnya disitu. Asbab itu saya mohon untuk tidak libatkan saya dalam mana-mana kumpulan Whatsup tempat saya bertugas.

Bakal menyusahkan saya KELAK.

1 comment:

Cik Matahariku said...

terima kasih perkongsian ini, saya mohon kongsikan pandangan puan ttg aplikasi sosial yang sgt digemari ramai sekarang ini, whatapps, mengapa puan tinggalkan ayat ini:"bakal menyusahkan saya kelak" sy ingin tahu pandangan puan sebab saya takut "terjebak "wlpun menjadi ahli yg tak aktif dlm grup..