15.8.14

TEH SUSU SIHAT

Alhamdulillah lama kami tidak sentuh (baca: minum) air kotak, air tin, air pewarna seperti sirap, sunquit (bukan nama sebenar) serta air-air jualan di tepi jalan. Sehinggakan apabila bertemu dengan mesin air yang menjual air panas seperti kopi, serta peti-peti sejuk di pasaraya yang bermacam aneka minuman di dalam perutnya, kata zauji, 'dulu kitalah yang suka minum ini semua'.

Kami juga Allah izinkan untuk tinggalkan kicap, pelbagai jenis sos serta susu pekat. Jadi, sekiranya ada keinginan untuk minum teh tarik (teh susu), kami perlu cairkan susu segar sang lembu ataupun susu segar sang kambing untuk menikmati teh tarik.

Alhamdulillah, beberapa hari lepas, stok kopi organik kami habis. Stok juga habis di kedai. Zauji pilih susu soya non-gmo dan mencubanya untuk resepi teh tarik. MashaAllah sedap! Rendam sepeket teh dan tambah sesudu gula perang dan sesudu soya organik ini.

Sarapan pagi tadi kami suami isteri. Teh susu soya non-gmo sihat!





Sebelum terlupa, mungkin masih ramai yang belum mengetahui apa itu GMO. InshaAllah saya pernah kongsikan beberapa entry berkenaan GMO yang ditulis oleh Puan Tabib Terpercaya (PTT) yang merupakan seorang doktor perubatan konvensional yang diiktiraf.


Sekian untuk entry Jumaat. Selamat khatam surah Al-Kahfi, memperbanyak selawat, sedeqah dan saling mendoakan supaya hidup beragama, mati dalam aqidah sejahtera inshaAllah!

No comments: