6.5.15

WW- IKATAN RUH

Dalam 2 tahun sudah, saya pernah berusrah dengan seorang naqibah sehingga beliau berpindah ke suatu daerah mengikut suaminya. Dua bulan yang sudah, saya begitu teringatkannya. Banyak ilmu yang saya terima daripada beliau. Wajahnya tersenyum melihat saya seperti dalam bayangan. Mungkin rindu yang saya sepikan.

Selang 2 hari kemudian, kami di dalam kumpulan usrah menerima sebuah mesej yang sungguh mengejutkan. Terbayang 3 anak-anaknya yang masih kecil. Teringat kembali sekujur tubuh yang senyum ke arah saya. Rupanya petanda yang beliau akan meninggalkan alam fana ini. Allah sayangkan dia.


Sejak kematiannya itu, persepktif saya terhadap segalanya berubah. Allah kirimkan dia untuk saya berfikir dan terus berfikir segala nasihat-nasihat orang-orang tua yang hidup lebih lama daripada saya. Allah murnikan semula segalanya. Allah memberi peringatan yang tidak terhingga.

 Allah sampaikan berita pemergiannya beliau untuk hati saya.

No comments: