17.11.16

IHTIFAL MAHKOTA HUFFAZ

Petang semalam terima gambar ini daripada group TTI. Mereka kerja lebih hampir 2 minggu kebelakangan ini. InshaAllah esok ialah hari yang dinanti-nanti ibu bapa untuk melihat anak-anak mereka beraksi comel menghafal Quran, berzikir, berpuisi dan macam-macam lagi.

Disebabkan tak mahu aturcara majlis terganggu dek kerana kehadiran kami yang mempunyai 2 jiwa di TTI yang malu-malu jika si ibu dan ayah melihat persembahan mereka, jadi, semalam luangkan masa untuk melihat sedikit sebanyak 'rehearsal' anak-anak TTI. MashaAllah, comel sungguh!


Sesiapa yang membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka pada hari kiamat kedua ibu bapanya akan di pakaikan mahkota, sinarnya lebih terang daripada cahaya matahari berada di rumah kita. Bagaimana menurut perkiraan kalian, bagaimana agaknya ganjaran untuk orang yang mengamalkannya sendiri?
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Dawud)

1 comment:

Umialya said...

Jika dok dekat2 dan ada tuisyen Bahasa Arab dsb ntuk anak2 sekolah rendah, teringin sangat hantar Alya, maklumlah kat sini xder disediakan perkhidmatan tu kecuali kelas fardu ain sebelah petangnya.

Akak nak mengajar, kurang mahir..